Friday, December 16, 2011

Rindu yang terubat




Assalamualaikum w.b.t. ^^,
Korang apa khabar? Aku hope semua sehad-sehad sajerr. Hehe. Dah tengok title post aku kali nih? Agak-agak, siapa yang buad rindu aku nih terubat? Cuba korang teka :D
Boyfriend? Hahaha. Takderr bf laa. Hati nih dah tak terbuka untuk insan yang bernama LELAKI. Belum sampai masanya :") Cukup laa Incik MAS yg dulu. Tak larat dah, sian kat hati nih sebab banyak dah terluka. HAHA.  Ehh, emosi laa pulak. :P
*sila abaikan statement diatas yerr 



Sebenarnya, last weeks dan tiga minggu lepas aku turun Shah Alam. Meet my LOVELY SISTER and my BEST BEST BUDDY. Tiga minggu lepas, aku pi Shah Alam SORANG-Sorang naik KTM. Sorang-sorang oke? Masa tuh aku stay kat kolej sis aku. Kebetulan masa tu cuti sampai isnin, cuti awal Muharram. Aku stay sana sdari hari sabtu sampailah isnin. 


( ni laa sis aku, kecik je kan? jauh beza dengan aku. HAHA )

Masa aku pi Shah Alam tu, UITM buad pertandigan debat 211 jam tanpa henti. Sis aku masuk jugak Debat tuh. Memang masa tuh dia sibuk jugak, keluar gi jalan-jalan pn, sehari jer. Lagipun memang niat aku pi sana pn nak jumpa sis aku jer. Rindu kat dia :') Hehe

Masa kat UiTM Shah Alam, aku jumpa kawan aku. Kawan yang comell okeh? Lawyer-to-be. And dia jadi yang dipertuan dewan masa turn sis aku debat. Nak taw x turn debat sis aku pukul berapa? 12-1 pagi. HAHAHA


( yang pegang mikrofon tu laa Sis aku. And yang tepi Ana Rafali tu laa kawan aku. Ada rupa bakal lawyer tak? hehe )

And last week aku jumpa sis aku lagi sebelum aku balik UPM. kali nih aku pi Shah Alam dengan roomate aku, Fiza. 


Meet my Roomate, Fiza :D

Last day tuh aku dari rumah Buddy pi jumpa sis aku kat PKNS sebab dia nak repair fone dia. Then balik Sek2 pergi lunch and aku terus naik bas pi KTM. Short moments, tapi at least, dapat jumpa jugak. :')

Last week, aku pi Shah Alam jumpa BEST BUDDY aku. Nama dia Ela. Manusia yang paling aku sayang :') Dari darjah satu aku kawan dengan dia sampailaa tingkatan lima. Lamakan? 12 tahun okeh? ^^,
Sekarang first time berjauhan dengan dia. Ela buad A-Level medic kat MSU. Semua housemates dia baik-baik taw? ^^, Gembira dapat kenal korang semua :)


(ni gambar masa kat MSU, ada senam aerobic. nih semua Doctor-to-be. Aminn. ^^)


Aku suka tengok gambar nih :)


Aku and Ela masak makan malam untuk housemates dia. Telur goreng sambal and sayur labu masak lemak. Sedap sgtt. Lepas sembahyang  Magrib haritukan, kita salam and pelukkan? Serius aku rindu sgt saat tu. Sebak jap masa tuh :')


Ela, nak taw x? Saya sayang awak sangat-sangat taw? :')


Terubat rindu jumpa golongan diatas nih :')
Saya sayang anda sangat-sangat taw? :')

Sunday, December 4, 2011

Akhirnya...





Assalamualaikum w.b.t.
Hai korang? Sehat tak? Siapa kat sini perasan yang aku dah lama tak update blog? Ok fine. Tak der orang perasan pun kan? Sobsob :'( Maaflaa sebab dah lama tak update blog. Sumpah Sem dua nih, jadual aku pack giler. Even weekend pun aku Sibuk. *sibuk laa sgt kn? >.<
Hehe. Kalau tak percaya, meh tengok jadual kuliah aku :


( ni time table roomate aku. curi dari FB dia. sorry ye Abg <3 )
ini lah jadual aku sem nih. Hari isnin tu ada tambahan kelas. Kelas math dari pukul 2-4ptg. lepas kelas math terus berlari pi stesen bas sebab kena pergi lab ELIS pulak. Hari jumaat jer boleh relaks sikit. Kalau hari ada kuliah, aku jarang online guna laptop, banyak online guna fone jer. Tu pun just bukak Facebook. Tak de dah kerja lain. HEHE.

Sebenarnya kan, aku lagi 3 minggu lagi nak habis sem dua nih. Terukkan aku nih? HAHA. Sem dua dh nak habis baru reti nak update blog. huu. Sem ni kan, bagi aku subjek BI laa banyak benda nak kena buad. Nak2 bila instructor aku garang. Garang and strict laa jugak :D Kalau test bi, dah tak de nyer nak test bertulis sebab test aku semua test oral. Nama pun course ORAL INTERACTION SKILLS. Ni pun assigment bi laa banyak nak kena siapkan.* xda laa banyak sangat

Semalam berjaya laa siapkan dua part daripada assignment yang nak kena submit Khamis ni. Tinggal lagi satu part nak kena siapkan. Tak cukup dengan tu, minggu depan dah kena present survey. Handout survey pun tak diedarkan lagi. Perghh. Terbaiklahh~ haha. 

Tapi ni last laa aku belajar bi. Sem depan dah tak belajar bi, belajar IT pulak. Sorry laa lama tak update. Salah satu sebabnya, MALAS. Hihi. bukan apa, keluar dari kolej pukul 7 pagi, habis kelas pukul 5 petang, kalau week lab, lagi lambat boleh balik. 



Alhamdulillah lecturer aku sem ni semua best-best. Yang aku kagum laa, lecturer Kimia aku. Prof. Madya Dr Amsah. Dia dah tua taw, maybe umur sama dengan nenek aku tapi yang buad aku kagum, ilmu dia terhadap kimia masih tinggi. Respect laa. Nenek aku duduk rumah masak jer, tapi Dr Asmah ni boleh lagi mengajar kitorang Kimia. 



( sem nih aku belah dua ekor tikus. Best ^^, )

Lecturer Bio aku, Dr Omar. Jenis yang agak serius tapi bila dia buat lawak bergegar laa kelas tuh. Hensem lagi walaupun dah 50 tahun ++. Dia nih jenis kuat menganjing jugak laa. huu. Masa test 1 haritu, dia menganjing kat kitorang masa lab sebab masa dia tanya kitorang boleh jawab tapi dalam test tak ley jawab. Huhu. Boleh tahan laa lecturer bio aku nih. huu


( ni masa presentation bio. sempat lagi men game dalam lab. HAHA)


Lecturer Fizik aku, Prof Madya Dr Mahdi orang yang pernah marah aku masa sem 1 haritu. Awal-awal lagi dia dah pesan yang dia hanya mengajar 30%. Haritu belajar pasal thermometer, satu slides dah setengah jam. Gila ahh. Tapi anak-anak dia semua kerja hebat-hebat. Kuat jugak komen baju yang kitorang pakai. tak sesuai laa pakai tudung dengan baju cam nih. Sebab dia suka beli baju untuk bini dia.



overall nyer. sem dua nih penat tapi gembira laa bagi aku. Penat lagi dari sem 1. Tak tahu laa Sem 3 nanti penat macam mana. Insyaallah le[as nih aku akan rajinkan diri nak update blog. BTW, aku dah siapkan header blog nih cuma tak letak jer lagi. Nanti laa aku letak yer? 


Kepada followers tersayang, thanks sebab sudi laa follow blog cipisan aku nih ^^,



Friday, October 7, 2011

wordless friday #1

Sunday, October 2, 2011

hujung minggu yg menyedihkan




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! :D Mesti korang pelik kan? Yela sebab entry tajuk macam sedih, tapi bagi salam bukan main ceria. HAHA. Ye, aku memang tengah sedih. Lately, banyak benda yang berlaku. Semalan, saya sakit hati plus plus sedih awak taw x? Sobsob.. Meh rapat-rapat, eden nak cerita nih

last week, 24 September, dia text aku and he said that he has found his new partner. Ok, aku tak kisah kalau kau dah ada orang baru. Seriously aku tak menyesal hilang orang macam kau. Tapi aku admit laa, aku sedih. Rasa sayang tu walaupun dah pudar, tapi tipu laa kalau dah langsung tak der rasa tu. 3 tahun setengah. Sapa tak terasa kan? :( Terasa jugak walaupun sikit. Sikit je ok, tak banyak pom.

Kenapa putus? Ada masalah private. Tak payahlaa aku nak cerita kenapa. Sorry guys. Yang aku agak sedih+bengang, perempuan tu KAWAN aku sendiri! Oh, yeah! Aku tak akan mention nama dia, so korang jangan laa fikir or agak sapa-sapa. Susah nanti, sebab aku jugak yang kena. Sedih woo..sobsob >.<


Patutlaa aku dah boleh agak sikit-sikit sebab seminggu dua nih perempuan a.k.a KAWAN aku tu mesej kat aku.. Yela, after a year tak mesej, tiba-tiba tak der angin ada mesej dari dia. kalau tak ada angin, tak kan laa pokok bergoyang. Cewah..Kalau korang laa, Tak rasa pelik ke? Memang laa rasa pelik tapi aku tak sangka laa akan jadi macam ni. Kalau korang baca entry aku yang lepas, sebenarnya benda tu banyak yang buad aku nak marah sangat.

Memang aku tak menyesal putus dengan dia, tapi KENAPA dia perlu bgtaw aku semua nih! Tak suka betul laa. :'(



'Salam awak. saya ada benda nak bg taw kat awak. Maybe benda yang saya nak bgtaw nih akan buad awak marah atau sedih. Tapi saya harap awak redha bila saya nak bagitaw nih. Sebenarnya, S***** girlfriend saya. Saya taw awak mesti tak sangka kan? Dia takut nak bgtaw kat awak, jadi biar saya yang bgtaw kat awak. Saya tak nak simpan rahsia ni dah. Saya harap awak boleh lupa laa pekara lepas antara kita. Doakan hubungan kitorang berkekalan ye. '


Kalau korang ada kat tempat aku and terima mesej macam tu? Aku terkesima. sedih laa jugak, Tapi aku tak nak bazirkan air mata untuk lelaki macam dia. Tak perlu laa aku mention sejarah aku dengan dia, sebab tak penting. Benda dah lepas, buad pe nak ungkit lagi. Yang aku bengang kenapa perlu bagi taw kat aku sedangkan aku dah happy dengan kehidupan aku sekarang.

Dear my EVIL EXboyfriend,


I wish you will happy with your new partner. Dont you ever dare do the same to her as i already felt. She is closer to you maybe? Oh, i already forgot. She was your junior in high school right? No wonder laa. Jangan nak tinggi kan suara tu sangat. And tolang ingat hati perempuan ni lembut, bukan keras macam hati lelaki nih. And saya tak menyesal tinggalkan awak. Awak banyak berubah sejak masuk M***, yelaa tempat untuk budak-budak hebad macam awak. As time passes, people change. Kan awak? To be friend, susah bagi saya sebab ego awak tinggi sangat. Jaga hati partner awak. And please be more loyal to S****. She is nice girl and beautiful.

Dear my exboyfriend's girlfriend,

Kenapa perlu tipu saya? Sedangkan awak tahu saya dengan dia. Kenapa perlu berebut dengan saya? Saya dah tak menyesal lepas dia. Hope he will change his attitude after he meets you. Jaga hati dia. Kalau dia marah, awak kena jadi air. Dia kan baran sikit. Ok, bukan sikit tapi agak banyak. Hope apa yang jadi kat saya tak kena kat awak. Mana tahu hukum KARMA  terkena pada dia. Selamat maju jaya. :)


Aku happy dengan life aku sekarang. 3tahun 6 bulan yang membazirkan. Tak apa, pengajaran mengajar kita erti kehidupan. :') Hope korang yang sedang bercinta di luar sana, jaga hati pasangan anda dan jangan berlaku CURANG  kepada mereka.



NO MEN, NO CRY,
NO MONEY I CRY

^^,

Saturday, September 24, 2011

panas+hot = ??





Assalamualaikum korang! ^^, sehad tak nih? Mesti semua baru bangun tidow. Kehkehkeh..Mesti ada yang belum mandi nih. *terasa*. Hahaha.  Amacam tajuk entry aku pada tengahari nih? Bunyi macam tengah hot kn? HAHAHA Memang tengah hot lagi nih. HOT giler... =.=

Macam ni laa, ibarat ada orang tikam kau dari belakang. Apa korang rasa? Dia pulak dengan selamber cerita apa yang kita buad. Mestilah orang akan pandang serong kat kita kan? Betol tak sayang-sayangku sekalian? Aku tak nak mention siapa dia. Tapi dari cara dia cerita kat orang lain tu macam ......... tak nak laa aku cakap :(

Aku just boleh cakap, benda tu tak salah di sisi undang-undang Malaysia tapi ianya menimbulkan konspirasi antara aku dan orang-orang lain. Apayang korang rasa kalau korang ada kat tempat aku? Bengang tak? Aku memang bengang giler. Sedap jer mulut nak mencarut nih. Hiash.. >.<  Seriously aku bengang giler. Macam dia nak letak kesalahan tu semua atas aku, biar orang lain tak taw yang dia pun terlibat dalam hal ni.




Dari tadi aku terpikir, kenapa kau tergamak nak cerita kat dia? Supaya dia nampak salah aku? Lepas tu dia akan go on dengan kau? Dan aku nampak betol laa sebab kau memang macam ada niat nak approach dia. Sampai hati kau kan? Selama nih kau baik je dengan aku, lepas tu macam nih kau balas kat aku ye KAWAN? Aku cuma nak tengok je apa yang akan jadi lepas nih. Apa lagi yang kau nak buat. Sorry sayang, tapi...... Kau fikir laa



 Aku dah tak main tapis-tapis lagi. Kau tak rasa apa aku rasa sebab for sure nyer kau mesti gembira tengok hubungan kitorang rengang kan? TERBAIK ahh~




Wednesday, September 21, 2011

Testing 1,2,3

           
  Assalamualaikum.. :D First time testing post guna phone.haha. Akuu memang laa. Kuno laa dari korang.hee~Aku sekarang baru je habis kelas Chemistry. Alhamdulillah, setakat ni lecturers semua best best woo :) Pukul 11 nanti kelas fizik pulak. Mintak-mintak lecturer fizik pom best just like others lecturer. Insyaallah.

             Tadikan, aku and roomates aku yang comell nih terus laa masuk BK04, ruparupanya ada kelas lain nak guna bilik tu. *malumalu* HAHA. Cepatcepat keluar. So, sekarang tengah lepaklepak depan bilik kuliah. Tibatiba rasa lapar laa pulak. Adess.

Sekarang kan, kitorang terpaksa rebut naik bas dengan pelajar degree. Seriously, satu bas tu boleh muat sampai 80 ORANG! Korang boleh bayang tak? Bersempitsempit. Lagi menyedihkan, kitorang pelajar ASPER ni kena tumpang bas kolej lain. Bas kolej kitorang memang takder. Terpaksa laa naik bas KTP/KPZ lepas tu kena laa jalan kaki balik kolej.. Sedih woo :(

penat laa taip panjangpanjang nih. Aku memang jarang nak update blog nih. Bukan sengaja, tapi sibuk. Malam nih ada lagi meeting untuk pengurus pasukan. Mesti pasal game inter u ni. Dengan Ayahanda. HEHe

Nanti bila aku free, Insyaallah aku post lagi.. Sayang korang <3

Wednesday, September 14, 2011

finally..



Assalamualaikum semua :D

dah lama aku tak update blog.. Jeles jugak tengok kawan-kawan update blog pasal raya, balik kampung etc.. Aku bukan tak nak update, tapi sebab minggu cuti raya haritu, aku sibuk study. Ada ke patut buad minggu raya tu as minggu study week? Kejam woo UPM nih. naik raya dah final exam. Kalau test boleh tahan lagi. Redha jela. Aku nih bukan bijak pandai cam kawan-kawan aku yang lain, so kena laa usaha lebih. Untuk kebahagian ma abah aku jugak. 

Bercakap pasal raya, seriously aku tak rasa pun macam raya. Masa malam raya tu memang tak de feel nak raya esok. Raya aku taon ni agak hampa laa. Aku tak sempat pun nak pi umah mak-mak sedara aku. Sebelah abah memang aku tak sempat jumpa. Sedih siot lorr:(

Raya taon nih baju raya baru sepatutnya dua pasang tapi aku suruh mak sedara aku jahit satu pasang jer.  Baju yang satu lagi tu cuma kain je xsiap lagi. Aku tak nak laa susahkan mak cik aku,kebetulan pulak dia demam masa tu. Lagipun aku ada bawak balik baju kurung yang aku pakai kat U. So, orang bukan tau pun baju tu baju raya ke tak:P

First time kot taon nih tak buad open house. Sedih jugak. Hukhuk. Adik aku nak upsr, Parents aku pulak sibuk urus perkahwinan sepupu mama aku. Tapi aku tak kesah pom. Next year kan ada lagi?

HAri ni dah masuk empat hari duk rumah tapi tak berupdate jugak. Laptop skrin pecah woo! sobsob :'( Menagis woo.. Sebenarnya laptop tu masa raya skrin dah start pecah.. Tp still bolek guna. Masa sebelum balik terengganu, dah half laptop skrin warna hitam. Memang tak boleh nak guna laa.. Kalau duk kat rumah pom banyak online guna fone je.

Banyak gamabr aku nak share dengan korang. Tapi aku just guna laptop mama.. Laptop mama tak de bluetooth. Sedih lagi.. SobsoB. Dahlaa tukar skrin laptop habis RM450 ok? Takkan aku nak biar abah bayar semua tu. Serious bosan giler duk kat rumah. Kita jer cuti sem. Uni lain tak cuti2 pun. Bosan bosan =.='

Next week dah masuk sem 2. Hopefully aku boleh buat yang lagi terbaik sem depan. Tak taw laa result sem1 camner. Dubdab dubdab.. Bimbang ohh >.<



Aku cuma pegang apa yang En Zul cakap.
'We do the best, Insyaallah Allah will do the rest'


Everything we do, Allah knows what is the best for His ummah. I love Allah :)

entry  tak de kaitan dengan tajuk.
bahahaha

Friday, August 26, 2011

just a happy ending




Assalamualaikum and selamat malam+selamat pagi
mesti ramai yang sibuk mengemas barang-barang nak balik kampung nih kan? nak-nak budak u.
aku pun baru je habis kemas barang. Excited? Memang laa! ^^,
Dah 4 bulan tak balik rumah woo. Rindu giler dah nih


Malam ni,aku nak cakap pasal pengakhiran yang menggembirakan. Kes apa pulak nih? Buad pengetahuan korang, secara officiallynya, aku and budak-budak ASPER yang lain dah habis sem 1. Sem 1 ok? Lagi dua sem nak kena tempuhi. Sabar ye hati? Hari ni, semua orang gembira, even lecturer pom nampak happy. Takder yang moody-moody hari nih. Semua happy jer. :D


kan aku dah cakap semua perempuan


kitorang happy ^^,


korang ada nampak ke lelaki lam gambar-gambar kat atas? Even sorang pun xda ok

Oh, lupa nak gtaw, semua budak kuliah aku perempuan. PEREMPUAN ok? Men are not allowed to enter. Haha. Kuliah kitorang jer yang semua perempuan. Kuliah kitorang dipanggil ' Flowers in the garden'
Sangat best kuliah semua perempuan. Nak buat benda tak senonoh boleh jer, tak der nak malu-malu nyer. Lagi best bila semua orang satu kepala. Rapat jer antara satu sama lain. syoksyok ^^,


So, hari nih last lecture. Cuma ada kelas math and lab kimia jer. Kebanyakkan students dah balik. Ok, jeles taw x =.=' Lab kimia tadi pun best, both students and Kak Ija, demo kimia kitorang pun dalam mood happy.


ni fatimah, tapi aku panggil dia dak :P


sementara tunggu nak masuk lab, snap luu gambar :P


with 'abang' <3

nak taw apa experiment last kitorang? jom tengok gambar kat bawah:


Limiting reagent :D


muka-muka bosan kacau solution.haha



  • it just a perfect day
  • and it had ended so smoothly
  • forever FLOWERS IN THE GARDEN :D

sayang korang<3



Monday, August 22, 2011

bisu, buta dan pekak? mana satu pilihan anda?

Assalamualaikum dan selamat petang
Wah wah, rajin pulak aku menaip entry petang-petang camni.
ok. Mengenai entry nih.

BISU, BUTA DAN PEKAK, MANA SATU PILIHAN ANDA?

Mesti ramai yang pelik kan? -.- pfft. Gilo ke ape budah nih, nak main pilih-pilih pulak nak bisu ke pekak. Yup. Satu soalan yang semestinya takkan ada orang yang pilih  antara keduanya. Kenapa aku nak buat pilihan? Ok, biar aku cakap pasal ni sikit.

First, bukan tak reti nak menghargai nikmat mendengar dan bercakap yang Allah bagi ni, tapi aku sakit sangat bila aku dah cakap apa yang sememangnya menyakitkan hati mereka. And the most thing that really me and her/him adalah kata-kata yang lahir dari mulut selepas tu. Kalau orang bisu, mesti dorang tak buad kawan-kawan mereka terasa dengan kata-kata nya kan? 

KENAPA? Sebab mereka bisu. Mereka tak dapat nak cakap apa yang boleh menyakitkan hati orang disekelilingnya. Mesti orang kata aku gila. Kenapa nak pilih pekak? SEBAB mereka takkan dapat dengar apa orang mengumpat pasal dia. So, xda laa dia nak terasa hati walaupun apa yang orang tu cakap mungkin amat menyakitkan hati dia kan? Bila kita tak dengar apa orang cakap benda buruk pasal kita, mesti lah kita takkan terasa dengan mereka kan? Tak perlu nak feeling-feeling sedih macam aku nih

BUTA. Apa keistimewaan orang yang buta? Memang laa terus terang dia takkan nampak apa yang salah or betul depan mata dia. Bila kawan kita buad salah, kita takkan nampak apa salah dia kan? So tak de laa kita akan tegur salah dia.

so, bila gabung BUTA,PEKAK and BISU. apa akan jadi??

Maka, dia takkan nampak apa salah or betul orang sekeliling dia buat. Disebabkan dia bisu, justeru itu, dia takkan dapat nak tegur salah kawan dia. So, dia takkan buat kawan dia terasa dengan dia. Bila dia pekak, dia takkan dengar kata-kata yang boleh buat dia menangis, sakit hati. Jika sesorang itu BUTA, PEKAK and BISU, orang takkan hiraukan dia, jadi dia takkan buat sesiapa terluka dengan dirinya.

Asal aku cakap macam ni? Sebab aku orang paling terluka kalau kawan-kawan aku terasa dengan aku. Nak cakap aku sensitif? Terpulang. Tapi ni lah satu-satunya cara yang boleh buat aku tabah dengan menaip. 


Ya Allah, tabahkan hati aku untuk menemouh segala dugaan dan cabaran.. Amiin :')


p/s: sori, entry ditaip tengah emosi

Saturday, August 20, 2011

Alhamdulillah..All Praise to Allah



Assalamualaikum and selamat berbuka puasa ^^,
Mesti korang dah kenyang berbuka puasa tadi kan?Korang makan pe tadi? Share laa dengan aku. Tadi aku bukak puasa kat surau. Nanti aku cerita pengalaman aku berbuka kat surau kolej 13 nih :)

Apa aku nak cakap mengenai tajuk entry diatas? Macam lirik Maher Zain-Thank You Allah jerr..>.<
Dalam entry lepas aku ada mention yang Jumaat( means semalam laa ) yang aku ada presentation bio. Pagi tu kan, aku bangun lambat jugak sebab bila aku terkejut dari tidur, aku tengok roomate aku semua tidur lagi. So, aku sambung tidur balik.haha. Selekeh gila.

Dekat tiga kali jugak aku bangun and tidur balik. Last-last pukul 7 lebih sikit, aku bangun and pi mandi. Lepas tu baru roomate aku bangun. Berdebar jugak nak buat presentation pagi tu. Siap-siap pakai paju formal untuk presentation*baju kurung* kitorang turun, tunggu bas.naseb baik bas dah ada depan kolej. tapi bas tu lambat giler gerak sebab bas kat kolej aku nih bergerak ikut setiap setengah jam. Then practice lagi untuk presentation.

Berbelit lidah nak sebut nama scientific bunga-bunga nih. Sebut Zea Mays, Tulipa Triumph and Ananas Comosus tu buleh tahan lagi. Bila masuk part bunga-bunga dibawah nih :
=
=
=
=
*Fragaria ananassa
*Echinocactus grusonii
*Phaselus vulgaris

cuba korang sebut.. Amacam,berbelit tak lidah korang? Dah laa tengak terketar-ketar masa tu. korang bayang laa aku sebut macam mana. HAHAHA. tapi kan, group presentation kali nih lagi nampak peningkatan dari group yang lepas. Alhamdulillah, En Zulkefli gembira. tu pun dah cukup menggembirakan kami. En Zul pernah cakap,' Saya akan gembira kalau kamu semua gembira'.aku sayang En Zul. *sayang antara lecturer and students sahaja ok?

Yup, aku sayang En zul sebab dia sangat care pasal students dia. Kalau korang ikut apa dia cakap, korang xpayah nak bimbang pasal test. Dalam kelas, dia selalu bagi nasihat. Selalu cakap pasal lagu M.Nasir. Lupa ah tajuk ye.. Tanya sama itu hudhud ea? Ye kot. Best dapat lecturer cam En Zul ni walaupun agak mengantuk time dia mengajar = ='

And last thing, report agro dah 80% siap. cuma nak siapkan cover and conclusion. Fuhh, dah laa kena buat report agro fully in ENGLISH. bersengkang mata buat report. So Insyaallah selasa nih, report akan dihantar. Tapikan, isnin ni ada lagi DUA kuiz math. mati lorr = ='


Math sentiasa buat aku susah hati.. Adess >.<
Math laa buad aku homesick,menangis ingat kat rumah :'(
Suka Math, tapi tak reti nak apply dalam soalan :'(




p/s: cant wait 26.8.2011 <3

Thursday, August 18, 2011

menghitung hari

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengah hari
jarang sangat aku update blog.. Aku bukan saja2 xmaw update tapi ada sebab-sebabnya

1. dua minggu sebelum test 2, aku memang tak care pun laptop sebab nak exam
2. ingatkan lepas test buleh laa nak rehat sikit, update blog tapi hampa sebab jadual pack dengan presentation
3. Lepas test aku memang kurang rehat. Pernah sekali aku cuma tidur 3-4 jam je seminggu

walaupun tak update blog, tapi aku rajin je blogwalking :)
Alhamdulillah, kurang sikit beban. Minggu lepas dah siap buat video presentation kimia. Syukur sebab Dr Shahrul cam buleh terima walaupun video tu agak melucukan. Oral presentation BBI pun dah lepas. fuhh, lega sangat. So sekarang tinggal presentation bio and nak hantar report ASA 0201 je lagi minggu depan.

The best partnya adalah........




MINGGU DEPAN DAH BALIK TERENGGANU!
HOORAAAYYY!

Roomate aku dari hari first sampai UPM ni dah kira berapa hari lagi nak balik. Semangat gila nak balik. Hahaha. Lagi 8 hari nak balik. Sebab terlamapu nak balik sangat kan, aku dah siap beli tiket 26hb sedangkan kelas last pukul 1 tengah hari 25hb. Nak menyesal pun tak buleh cakap apa jugak kan?

I miss my MAMA, ABAH, ALONG, ADIK2 and semua sanak saudara kat kampung. Orang cakap kalau dengar suara mak time kita rindu kat dia, mesti nak nanges kan? Tapi aku sebak bila dengar suara abah aku. selama ni aku tinggal kat asrama, jarang sebak kalau rindu kat abah. Sekarang dah lain. Bila dengar suara abah col masa kejut sahur, sebak jap. Hukhuk.



Sampai siap buat jurnal pasal abah untuk assigment BBI sebab rindu sangat. Dulu tak sedar pun, tapi sekarang baru sedar. Tiap-tiap kali col rumah abah akan tanya soalan sama, ' Tiket pergi balik dah beli belum? Berapa hari bula balik?' dah berpuluh-puluh kali abah tanya. Haha. Yes, I MISS HIM A LOT.

Tak sabar nak berbuka puasa sama-sama, buat kuih raya dengan along. rindu sangat kat rumah.. Dah siap packing hadiah-hadiah untuk keluarga. Makin tengok makin rasa nak balik. 

TERENGGANU!
Tunggu saya 26hb ni!




Ma, Abah, tunggu syah depan perhentian bas pagi 27 hb ni taw!
<3

current mood: lagu raya ^^,

Sunday, August 7, 2011

thanks a lot dear



Assalamualaikum and selamat pagi semua:)
Mesti ramai yang tak tidur lepas sahur ni. Aku tenggok kat fb pom ramai yang online.
Di pagi yang mulia ini, aku nak ucap bebanyak terima kasih untuk sayangg aku yang baik hati menawarkan diri nya untuk mengedit blog aku. Tanx dear..Terharu sangat:')
siapakah dia? Jeng..jeng..jeng














iloveyou<3

rajin kan dia nak edit blog aku? Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku kenal dia. Aku kenal dia dekat facebook. Dia kawan BabyDiera. Aku rasa tertarik nak add dia. Sejak tu laa aku kenal dia. Rara ni nice orang nyer. Aku selalu baca blog dia. Dekat blog dia, semua cerita, rara tulis. sedikit sebanyak aku taw pasal life dia.

About Rara:
Rara nih comel<3 even dia selalu cakap dia hodoh, tapi kat ati aku, dia tetap comel. Kenapa? sebab dia baik. Tak guna jugak kalau muka lawa tapi perangai macam s***n. Kan? Rara ni baru 21 tahun. cuma beza 3tahun dengan aku. Dulu rara stay kat Petaling Jaya. Kat blog Rara, aku taw dia rindu nak balik PJ. yelar, kalau korang stay lama kat tempat tu, ada ramai besties, mesti korang akan rindu tempat tu kan? Now Rara stay kat kelantan. Tak jauh sgt dengan Terengganu. niat nak jumpa Rara ni ada, tapi sebab masa n jarak tak dapat lagi nak jumpa. Insyaallah,kalau ad jidoh kita jumpa yee Rara<3

Hari tu Rara ada wall kat Fb aku. Dia cakap dia nak datang terengganu. Mana taw dapat jumpa ker. Aku nak sangat jumpa dia tapi masa tu aku dah ada kat UPM. xboley laa nak jumpa T__T

To Rara sygg:
thanks a lot sebab sudi edit blog i. and i really like it. Simple and nice:)
sorry jugak sebab nak edit blog i, u kena ambil masa yang panjang sebab line broadband u yg sgt lembab. sorry dear.. Walaupun u tak reti nak buat header untuk blog i, but i really appreciate it dear:')

thanks Rara sygg<3
*iloveyou*

Saturday, July 16, 2011

saya mahu satu!

Assalamualaikum dan selamat petang korang?
mesti ramai yang keluar weekend ni sampai kolej aku pun sunyi jerr. so, hari ni aku nak cakap pasal sesuatu..apakah? jeng jeng jeng...
cuba korang teka, apa yang aku nak?

xnak cakap panjang, aku nak cakap pasal LOMO peteng ni? sapa kenal LOMO sila angkat tangan ye :)
LOMO tu bukanlah jenama beg ke, kasut ke tapi ianya adalah satu...........


oh yeah! ni lah LOMO.. LOMO nih camera. comel kan? aku gila tengok camera nih. asal laa ko nih comel dan cute sgt ha? sekarang orang duk sibuk kejar camera DSLR je. memang laa camera tu hasilnya berkualiti tinggi tapi mahal laa.. sapa-sapa yang xmampu, korang boleh miliki LOMO nih. kalau aku cakap camera ni less than RM100 mesti korang tak caye kan? mula-mula pun aku tak caye jugak. btw, aku memang dah ada satu camera LOMO nih.yang aku punya LOMO 3 lens. cute sgt. camera atas nih jenis underwater LOMO style Film Camera. waterproof outdoor camera nih. sebab tu aku berkenan giler. yang best nyer, LOMO nih xpayah pakai battery and sangat ringan. yang ni price dia RM50 je. see, murahkan?

ni first camera LOMO aku. ni jenis 3lens. comel sgt. walaupun murah, hasil gambar dia lawa woo. aku kenal LOMO ni melalui kawan aku. tengok gamabr-ganbar dia ambil guna camera ni memang lawa laa. nak sanagt beli yang warna pink kat atas tu, tapi mama tak bagi..huu.. xpelaa..mampu tengok jer laa

p/s: ada sapa-sapa nak belanja camera LOMO nih kat aku? besar tapak tangan aku tadah kan :P

Friday, July 15, 2011

kalau kawan bertahun-tahun,mereka tetap syg kita mcm kita syg mereka ke?

Salam sejahtera semua:)
dah lama aku tak update blog..sangat tak ada masa nak bukak laptop.nak online pom just guna fon.kat kolej aku nih,wifi dia ada limit..52 jam seminggu.malas nak cakap panjang-panjang pasal wifi nih

so, bagi korang, bila kita kawan rapat dengan sesorang, means bestfriend laa adakah dia akan ingat and cari kita bila dia susah? pernah tak korang ada kawan yang macam nih? ok, aku bagi satu situasi kat korang.

Si A kawan dengan Si B dah 7 tahun.. dorang tu memang kawan baik laa. Lepas jer si A tu pindah kat negeri lain, dia jumpa kawan lain, Si C. Lepas tu  mereka jadi rapat sampai kadang-kadang si B rasa kehilangan. 

kalau korang jadi si B, wajar tak kalau kita rasa cemburu kat bestfriend kita tu? rasa macam dah renggang kan? tengok mereka suka duka sama-sama. terasa jugak walaupun sikit kan?

truthly, aku sayang gila kat kawan-kawan aku. mereka laa tempat aku lepas suka duka aku. sedih bila tak der mereka. lagi sedih bila ada yang lagi memahami dia berbanding kita yang xsempurna nih. bila jadi macam ni, aku try tak nak buad kawan-kawan aku macam tu. mintak-mintak aku xjadi macam tu. 

patut ke aku cemburu?


Sunday, June 12, 2011

ASPer make smile a lot :)

Sekarang aku dah bergelar seorang pelajar universiti. Seorang mahasiswi. Kali ni aku nak cerita pasal kos yang aku ambil dan pasal universiti nih. Mula-mula nak minta maaf sebab xsempat nak update blog. Lepas kerja hampir sebulan terus masuk u. Start kerja dah xupdate blog. Xsempat lorr

Aku sekarang seorang daripada keluarga besar ASPer. Apa itu ASPer? ASPer adalah singkatan kepada Asasi Sains Pertanian. Dulu macam-macam nama orang panggil. CASPer laa. Sebab tu lah kitorang digelar budak ASPer. Dulu aku tak tahu menahu pom pasal ASPer ni. Tahu pom sebab lepas ayah aku terlibat dalam Karnival Jom Masuk U. Memang aku xnafikan banyak mulut-mulut yang mengutuk ASPer ni

‘eh,kau dapat upm ea?kos apa?Asasi Sn Pertanian ke? Jadi petani jla kau nti. Baik xpyah blajar tinggi-tinggi  sbb kerja pun jd petani je’

‘serius kau nak pergi?alah,kos 2 kalau sapa mintak kompem dapat. Xfemes langsung kos 2’

Macam-macam laa aku dengar. Sampai aku pun serba salah nak pi ke tak. Sampai laa aku buad researh. Lepas aku tgk cabang-cabang yg aku blh mintak lepas abis asasi,aku yakin dgn keputusan aku lepas aku solat hajat. Alhamdulillah ahli keluarga aku tetap sokong aku.

Buad pengetahuan korang, aku ambil 6subjek iaitu Math, Physics , Biology, Chemistry, English and Pertanian. Kalau matrikulasi korang kena pilih kan antara sains hayat or sains fizikal. Tapi tak bagi kitorg. Semua subjek sains kitorang belajar. Lepas graduate blh minta engineering, medic, nursing, pendidikan even veterinar pun ada kat sini. And aku bangga jadi sebahagian kecil dari UPM ni. First time sampai pun aku dah jatuh hati. Persekitaran yang sangat menghijau, bentuk pintu utama dia lawa ^^,


( unik n lawa kn? ^^, )

Mama aku cakap lepas ni tak nak pergi UiTM dah,nak pergi UPM jer. Sbb Uitm panas. Sini sejuk. Haha. Korang pernah xtengok iklan milo yang ada seorang budak berlari atas bukit yang hanya ada satu pokok? Buad pengetahuan korang,penggambaran tu dibuad kat Bukit di UPM. 


( bukit ni laa yang aku cakap ada dalam iklan milo orr )

Pokok2 kat sini lawa. Untuk amali subjek Pertanian aku dah buad amali kat Taman Herba n Unit Sayuran. Sem 1 nih kitorang akan tanam jagung. N hasil tu kitorg akan tuai n makan. syok sgt!
bess sgt kat sini and aku sgt bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang


( laluan yg indah )




( ni masa aku kat Taman Herba )

Taman Herba kat UPM ni besar. Aku dah lupa berapa hektar. 2 kot? UPM ada hutan simpanan dorg sendiri. Dekat Puchong. Kitorang pun akan pergi ke hutan simpanan utk amali tapi secara bergilir2. Pensyarah kat sini sgt ok J Yang mengajar aku semuanya Profesor and  Dr. Sini ramai foreigner. SUKMA pun ada kat sini. Untuk game kriket. Aku sangat tak sempat nak update blog. Sibuk. Jurnal berlambak nak kena buad. Lab report, homework lg. Balik pun kul 5 ptg. Sampai bilik kul 6 lebih. Oh lupa, aku pi kelas naik bas tiap2 hari. Bas untuk 40 orang blh muat sampai 80++. Tak caye? Korang try laa naik. Macam sardin kitorg nih. Haha. Tapi aku cukup enjoy even tak cukup masa 

Classmate aku semua perempuan. Kelas kuliah ada 8 group. Aku kumpulan 6. Tak de sorang pun lelaki. Group lain semua ada. Haha. Ada satu group tuh, sorang je lelaki. Wow! Tak ke haru tu? Nak masuk sini sekurang-kurangnya 5A n lain-lain subjek B. Jangan korang ingat senang nak masuk sini. And jangan pandang rendah kat kos nih.

 Kitorang batch ke 7. So no wonder laa xramai yang taw pasal ASPer nih.
Aku duk kat Kolej Ketiga Belas. Mula-mula dapat surat tawaran tu aku gelak sorang-sorang. Skema gila nama kolej. Haha. Tapi kolej ni ok laa. Satu bilik 6 orang. Mesti korang ingat sempit kan bilik kitorang? Meja study aku besar. 1 ½ depa aku ni ha. Loker buley muat 2 orang kat dalam. Besar lagi dari loker kat asrama. Aku tengok gambar bilik kawan-kawan aku kat matrik kecil je. Aku sangat bersyukur dah dapat bilik camni. Roomates? They are absolutely awesome! Satu kepala gila kitorang. Sangat bes.J


 Nak taw pasal dorang? Next entry aku cakap pasal dorang ok? Nak kena out dah.J

 Nak siap kan lab report dengan roomates aku

p/s : kitorang satu kolej, satu floor, satu bilik, satu kelas kuliah, satu PA, satu ASPer and kitorang SATU UPM! 

Tuesday, June 7, 2011

maaf sgt2

sumpah aku xsempat nk update blog..sangat teramat sibuk gler..dengan tutorial yg xpernah putus2 dtg tnpa ku rela..lab report,kuliah,assingment, jurnal.woo..sowi xupdate..will update soon:)
doakan aku dpat score test lg dua minggu akan datang:)

Wednesday, April 13, 2011

minum petang bersama yang tersayang

Assalamualaikum and selamat petang sumer!
biasanya petang2 nih korang buad apa?
tidor?
kalau aku kat asrama dulu petang2 nih tidurr laa kerja nye..hehe

Tapi sebelum tu laa,aku nih jarang update blog.
KENAPA??
Sebab banyak kerja nak kena buad. Sempat online facebook and blogwalking jer.
Berbalik kepada tajuk kita petang nih ye anak2

Minggu lepas aku and yang tersayangs pergi minum petang..
Lama dah xgelak macam tuh. Best sgt luangkan masa petang tuh sama2.
Kitorang pi minum petang kat Pok Wan Kopitiam.
Sapa2 yang tinggal kat area Gong Badak taw laa. Kopitiam nih start buka dari pukul 5 petang sampai malam.
Nak datang pagi pun xpe, tapi korang duk jelaa tercegat depan kopitiam tuh dan tengok signboard ye.

Kitorang tak plan pom nak keluar hari tuh sampai laa dapat col dari Cik Jiha sygg. Sampai tak sempat pakai tudung! 
Dalam 10min lepas col tuh, tercegatlaa Swift putih depan rumah. Aku pun nak bukak laa pintu tempat duduk belakang tapi waa kena marah woo!
Cik Jiha suruh aku drive sebab dia malas.haha.. Aku tak kisah pun sebab dah pernah bawak kereta dia. tak laa kekok. Btw, Jiha laa yang ajar aku drive kereta auto.Malu tol sebab xreti drive kereta auto..hoho

Lepas ambil Cik Ela kat umah, pecut isi minyak kereta and pi terus Kopitiam.

nih laa tempat kitorang makan.
*sila abaikan gambar budak di atas

So, datang laa abg nih bawak menu. Nak pilih air pun ambil masa. Sebab cik Jiha punyer karenah.hha. Kitorang pun layan jerr.:P
Cik Ada dengan machonya tanpa melihat menu meng'order' roti tempayan.
Ada cakap sedap, so aku nak try.
Cik Jiha lop order kuey teow apa kebenda ntah nama nye.aku dah tak ingat lorr.

Bukan nih jerr, Jiha siap order satu lagi sebab bila makanan dia dah abes, makanan kitorang baru sampai.haha. Dia nih makan banyak pun tak besar macam saya.hoho


Garlic bread and mushroom soup *kalau tak silap laa


Ela dengan muka excited dengar Jiha berceloteh. Concentrate abes!


Dia nih kan suka kebeno jelir lidah


My roti tempayan


dengan kari ayam. Sumpah sedap gilerr!


Sudah menternak, kita bergambar lagi

Lepas makan tuh Jiha drive and hantar kitorang balik. oh, masa nak parking kat kopitiam tuh, aku memang tak reti nak masuk parking! Malu+sebal muka nih =.='


nih laa pemandu yang cukup berhemah..hehe


penumpang yang kegembiraan sebab kenyang.haha

Seronok bila keluar dengan kawan2

Teringat memori masa minum petang kat dewan makan sambil gelak,bising satu dewan makan

Sudahkah anda minum petang?

Kalau belum jom minum di Kopitiam Pok Wan!

p/s: aku agak keliru. Kopitiam Pok Wan ke orr Pok Wan Kopitiam sebenarnya??