Saturday, August 20, 2011

Alhamdulillah..All Praise to Allah



Assalamualaikum and selamat berbuka puasa ^^,
Mesti korang dah kenyang berbuka puasa tadi kan?Korang makan pe tadi? Share laa dengan aku. Tadi aku bukak puasa kat surau. Nanti aku cerita pengalaman aku berbuka kat surau kolej 13 nih :)

Apa aku nak cakap mengenai tajuk entry diatas? Macam lirik Maher Zain-Thank You Allah jerr..>.<
Dalam entry lepas aku ada mention yang Jumaat( means semalam laa ) yang aku ada presentation bio. Pagi tu kan, aku bangun lambat jugak sebab bila aku terkejut dari tidur, aku tengok roomate aku semua tidur lagi. So, aku sambung tidur balik.haha. Selekeh gila.

Dekat tiga kali jugak aku bangun and tidur balik. Last-last pukul 7 lebih sikit, aku bangun and pi mandi. Lepas tu baru roomate aku bangun. Berdebar jugak nak buat presentation pagi tu. Siap-siap pakai paju formal untuk presentation*baju kurung* kitorang turun, tunggu bas.naseb baik bas dah ada depan kolej. tapi bas tu lambat giler gerak sebab bas kat kolej aku nih bergerak ikut setiap setengah jam. Then practice lagi untuk presentation.

Berbelit lidah nak sebut nama scientific bunga-bunga nih. Sebut Zea Mays, Tulipa Triumph and Ananas Comosus tu buleh tahan lagi. Bila masuk part bunga-bunga dibawah nih :
=
=
=
=
*Fragaria ananassa
*Echinocactus grusonii
*Phaselus vulgaris

cuba korang sebut.. Amacam,berbelit tak lidah korang? Dah laa tengak terketar-ketar masa tu. korang bayang laa aku sebut macam mana. HAHAHA. tapi kan, group presentation kali nih lagi nampak peningkatan dari group yang lepas. Alhamdulillah, En Zulkefli gembira. tu pun dah cukup menggembirakan kami. En Zul pernah cakap,' Saya akan gembira kalau kamu semua gembira'.aku sayang En Zul. *sayang antara lecturer and students sahaja ok?

Yup, aku sayang En zul sebab dia sangat care pasal students dia. Kalau korang ikut apa dia cakap, korang xpayah nak bimbang pasal test. Dalam kelas, dia selalu bagi nasihat. Selalu cakap pasal lagu M.Nasir. Lupa ah tajuk ye.. Tanya sama itu hudhud ea? Ye kot. Best dapat lecturer cam En Zul ni walaupun agak mengantuk time dia mengajar = ='

And last thing, report agro dah 80% siap. cuma nak siapkan cover and conclusion. Fuhh, dah laa kena buat report agro fully in ENGLISH. bersengkang mata buat report. So Insyaallah selasa nih, report akan dihantar. Tapikan, isnin ni ada lagi DUA kuiz math. mati lorr = ='


Math sentiasa buat aku susah hati.. Adess >.<
Math laa buad aku homesick,menangis ingat kat rumah :'(
Suka Math, tapi tak reti nak apply dalam soalan :'(




p/s: cant wait 26.8.2011 <3

No comments: