Friday, August 26, 2011

just a happy ending




Assalamualaikum and selamat malam+selamat pagi
mesti ramai yang sibuk mengemas barang-barang nak balik kampung nih kan? nak-nak budak u.
aku pun baru je habis kemas barang. Excited? Memang laa! ^^,
Dah 4 bulan tak balik rumah woo. Rindu giler dah nih


Malam ni,aku nak cakap pasal pengakhiran yang menggembirakan. Kes apa pulak nih? Buad pengetahuan korang, secara officiallynya, aku and budak-budak ASPER yang lain dah habis sem 1. Sem 1 ok? Lagi dua sem nak kena tempuhi. Sabar ye hati? Hari ni, semua orang gembira, even lecturer pom nampak happy. Takder yang moody-moody hari nih. Semua happy jer. :D


kan aku dah cakap semua perempuan


kitorang happy ^^,


korang ada nampak ke lelaki lam gambar-gambar kat atas? Even sorang pun xda ok

Oh, lupa nak gtaw, semua budak kuliah aku perempuan. PEREMPUAN ok? Men are not allowed to enter. Haha. Kuliah kitorang jer yang semua perempuan. Kuliah kitorang dipanggil ' Flowers in the garden'
Sangat best kuliah semua perempuan. Nak buat benda tak senonoh boleh jer, tak der nak malu-malu nyer. Lagi best bila semua orang satu kepala. Rapat jer antara satu sama lain. syoksyok ^^,


So, hari nih last lecture. Cuma ada kelas math and lab kimia jer. Kebanyakkan students dah balik. Ok, jeles taw x =.=' Lab kimia tadi pun best, both students and Kak Ija, demo kimia kitorang pun dalam mood happy.


ni fatimah, tapi aku panggil dia dak :P


sementara tunggu nak masuk lab, snap luu gambar :P


with 'abang' <3

nak taw apa experiment last kitorang? jom tengok gambar kat bawah:


Limiting reagent :D


muka-muka bosan kacau solution.haha



  • it just a perfect day
  • and it had ended so smoothly
  • forever FLOWERS IN THE GARDEN :D

sayang korang<3



Monday, August 22, 2011

bisu, buta dan pekak? mana satu pilihan anda?

Assalamualaikum dan selamat petang
Wah wah, rajin pulak aku menaip entry petang-petang camni.
ok. Mengenai entry nih.

BISU, BUTA DAN PEKAK, MANA SATU PILIHAN ANDA?

Mesti ramai yang pelik kan? -.- pfft. Gilo ke ape budah nih, nak main pilih-pilih pulak nak bisu ke pekak. Yup. Satu soalan yang semestinya takkan ada orang yang pilih  antara keduanya. Kenapa aku nak buat pilihan? Ok, biar aku cakap pasal ni sikit.

First, bukan tak reti nak menghargai nikmat mendengar dan bercakap yang Allah bagi ni, tapi aku sakit sangat bila aku dah cakap apa yang sememangnya menyakitkan hati mereka. And the most thing that really me and her/him adalah kata-kata yang lahir dari mulut selepas tu. Kalau orang bisu, mesti dorang tak buad kawan-kawan mereka terasa dengan kata-kata nya kan? 

KENAPA? Sebab mereka bisu. Mereka tak dapat nak cakap apa yang boleh menyakitkan hati orang disekelilingnya. Mesti orang kata aku gila. Kenapa nak pilih pekak? SEBAB mereka takkan dapat dengar apa orang mengumpat pasal dia. So, xda laa dia nak terasa hati walaupun apa yang orang tu cakap mungkin amat menyakitkan hati dia kan? Bila kita tak dengar apa orang cakap benda buruk pasal kita, mesti lah kita takkan terasa dengan mereka kan? Tak perlu nak feeling-feeling sedih macam aku nih

BUTA. Apa keistimewaan orang yang buta? Memang laa terus terang dia takkan nampak apa yang salah or betul depan mata dia. Bila kawan kita buad salah, kita takkan nampak apa salah dia kan? So tak de laa kita akan tegur salah dia.

so, bila gabung BUTA,PEKAK and BISU. apa akan jadi??

Maka, dia takkan nampak apa salah or betul orang sekeliling dia buat. Disebabkan dia bisu, justeru itu, dia takkan dapat nak tegur salah kawan dia. So, dia takkan buat kawan dia terasa dengan dia. Bila dia pekak, dia takkan dengar kata-kata yang boleh buat dia menangis, sakit hati. Jika sesorang itu BUTA, PEKAK and BISU, orang takkan hiraukan dia, jadi dia takkan buat sesiapa terluka dengan dirinya.

Asal aku cakap macam ni? Sebab aku orang paling terluka kalau kawan-kawan aku terasa dengan aku. Nak cakap aku sensitif? Terpulang. Tapi ni lah satu-satunya cara yang boleh buat aku tabah dengan menaip. 


Ya Allah, tabahkan hati aku untuk menemouh segala dugaan dan cabaran.. Amiin :')


p/s: sori, entry ditaip tengah emosi

Saturday, August 20, 2011

Alhamdulillah..All Praise to Allah



Assalamualaikum and selamat berbuka puasa ^^,
Mesti korang dah kenyang berbuka puasa tadi kan?Korang makan pe tadi? Share laa dengan aku. Tadi aku bukak puasa kat surau. Nanti aku cerita pengalaman aku berbuka kat surau kolej 13 nih :)

Apa aku nak cakap mengenai tajuk entry diatas? Macam lirik Maher Zain-Thank You Allah jerr..>.<
Dalam entry lepas aku ada mention yang Jumaat( means semalam laa ) yang aku ada presentation bio. Pagi tu kan, aku bangun lambat jugak sebab bila aku terkejut dari tidur, aku tengok roomate aku semua tidur lagi. So, aku sambung tidur balik.haha. Selekeh gila.

Dekat tiga kali jugak aku bangun and tidur balik. Last-last pukul 7 lebih sikit, aku bangun and pi mandi. Lepas tu baru roomate aku bangun. Berdebar jugak nak buat presentation pagi tu. Siap-siap pakai paju formal untuk presentation*baju kurung* kitorang turun, tunggu bas.naseb baik bas dah ada depan kolej. tapi bas tu lambat giler gerak sebab bas kat kolej aku nih bergerak ikut setiap setengah jam. Then practice lagi untuk presentation.

Berbelit lidah nak sebut nama scientific bunga-bunga nih. Sebut Zea Mays, Tulipa Triumph and Ananas Comosus tu buleh tahan lagi. Bila masuk part bunga-bunga dibawah nih :
=
=
=
=
*Fragaria ananassa
*Echinocactus grusonii
*Phaselus vulgaris

cuba korang sebut.. Amacam,berbelit tak lidah korang? Dah laa tengak terketar-ketar masa tu. korang bayang laa aku sebut macam mana. HAHAHA. tapi kan, group presentation kali nih lagi nampak peningkatan dari group yang lepas. Alhamdulillah, En Zulkefli gembira. tu pun dah cukup menggembirakan kami. En Zul pernah cakap,' Saya akan gembira kalau kamu semua gembira'.aku sayang En Zul. *sayang antara lecturer and students sahaja ok?

Yup, aku sayang En zul sebab dia sangat care pasal students dia. Kalau korang ikut apa dia cakap, korang xpayah nak bimbang pasal test. Dalam kelas, dia selalu bagi nasihat. Selalu cakap pasal lagu M.Nasir. Lupa ah tajuk ye.. Tanya sama itu hudhud ea? Ye kot. Best dapat lecturer cam En Zul ni walaupun agak mengantuk time dia mengajar = ='

And last thing, report agro dah 80% siap. cuma nak siapkan cover and conclusion. Fuhh, dah laa kena buat report agro fully in ENGLISH. bersengkang mata buat report. So Insyaallah selasa nih, report akan dihantar. Tapikan, isnin ni ada lagi DUA kuiz math. mati lorr = ='


Math sentiasa buat aku susah hati.. Adess >.<
Math laa buad aku homesick,menangis ingat kat rumah :'(
Suka Math, tapi tak reti nak apply dalam soalan :'(




p/s: cant wait 26.8.2011 <3

Thursday, August 18, 2011

menghitung hari

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengah hari
jarang sangat aku update blog.. Aku bukan saja2 xmaw update tapi ada sebab-sebabnya

1. dua minggu sebelum test 2, aku memang tak care pun laptop sebab nak exam
2. ingatkan lepas test buleh laa nak rehat sikit, update blog tapi hampa sebab jadual pack dengan presentation
3. Lepas test aku memang kurang rehat. Pernah sekali aku cuma tidur 3-4 jam je seminggu

walaupun tak update blog, tapi aku rajin je blogwalking :)
Alhamdulillah, kurang sikit beban. Minggu lepas dah siap buat video presentation kimia. Syukur sebab Dr Shahrul cam buleh terima walaupun video tu agak melucukan. Oral presentation BBI pun dah lepas. fuhh, lega sangat. So sekarang tinggal presentation bio and nak hantar report ASA 0201 je lagi minggu depan.

The best partnya adalah........




MINGGU DEPAN DAH BALIK TERENGGANU!
HOORAAAYYY!

Roomate aku dari hari first sampai UPM ni dah kira berapa hari lagi nak balik. Semangat gila nak balik. Hahaha. Lagi 8 hari nak balik. Sebab terlamapu nak balik sangat kan, aku dah siap beli tiket 26hb sedangkan kelas last pukul 1 tengah hari 25hb. Nak menyesal pun tak buleh cakap apa jugak kan?

I miss my MAMA, ABAH, ALONG, ADIK2 and semua sanak saudara kat kampung. Orang cakap kalau dengar suara mak time kita rindu kat dia, mesti nak nanges kan? Tapi aku sebak bila dengar suara abah aku. selama ni aku tinggal kat asrama, jarang sebak kalau rindu kat abah. Sekarang dah lain. Bila dengar suara abah col masa kejut sahur, sebak jap. Hukhuk.



Sampai siap buat jurnal pasal abah untuk assigment BBI sebab rindu sangat. Dulu tak sedar pun, tapi sekarang baru sedar. Tiap-tiap kali col rumah abah akan tanya soalan sama, ' Tiket pergi balik dah beli belum? Berapa hari bula balik?' dah berpuluh-puluh kali abah tanya. Haha. Yes, I MISS HIM A LOT.

Tak sabar nak berbuka puasa sama-sama, buat kuih raya dengan along. rindu sangat kat rumah.. Dah siap packing hadiah-hadiah untuk keluarga. Makin tengok makin rasa nak balik. 

TERENGGANU!
Tunggu saya 26hb ni!




Ma, Abah, tunggu syah depan perhentian bas pagi 27 hb ni taw!
<3

current mood: lagu raya ^^,

Sunday, August 7, 2011

thanks a lot dear



Assalamualaikum and selamat pagi semua:)
Mesti ramai yang tak tidur lepas sahur ni. Aku tenggok kat fb pom ramai yang online.
Di pagi yang mulia ini, aku nak ucap bebanyak terima kasih untuk sayangg aku yang baik hati menawarkan diri nya untuk mengedit blog aku. Tanx dear..Terharu sangat:')
siapakah dia? Jeng..jeng..jeng














iloveyou<3

rajin kan dia nak edit blog aku? Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana aku kenal dia. Aku kenal dia dekat facebook. Dia kawan BabyDiera. Aku rasa tertarik nak add dia. Sejak tu laa aku kenal dia. Rara ni nice orang nyer. Aku selalu baca blog dia. Dekat blog dia, semua cerita, rara tulis. sedikit sebanyak aku taw pasal life dia.

About Rara:
Rara nih comel<3 even dia selalu cakap dia hodoh, tapi kat ati aku, dia tetap comel. Kenapa? sebab dia baik. Tak guna jugak kalau muka lawa tapi perangai macam s***n. Kan? Rara ni baru 21 tahun. cuma beza 3tahun dengan aku. Dulu rara stay kat Petaling Jaya. Kat blog Rara, aku taw dia rindu nak balik PJ. yelar, kalau korang stay lama kat tempat tu, ada ramai besties, mesti korang akan rindu tempat tu kan? Now Rara stay kat kelantan. Tak jauh sgt dengan Terengganu. niat nak jumpa Rara ni ada, tapi sebab masa n jarak tak dapat lagi nak jumpa. Insyaallah,kalau ad jidoh kita jumpa yee Rara<3

Hari tu Rara ada wall kat Fb aku. Dia cakap dia nak datang terengganu. Mana taw dapat jumpa ker. Aku nak sangat jumpa dia tapi masa tu aku dah ada kat UPM. xboley laa nak jumpa T__T

To Rara sygg:
thanks a lot sebab sudi edit blog i. and i really like it. Simple and nice:)
sorry jugak sebab nak edit blog i, u kena ambil masa yang panjang sebab line broadband u yg sgt lembab. sorry dear.. Walaupun u tak reti nak buat header untuk blog i, but i really appreciate it dear:')

thanks Rara sygg<3
*iloveyou*