Friday, October 5, 2012

I Miss Them




Assalamualaikum. Hai and Hai. dah lama xmenaip. terasa awkward disitu yer =.='
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk bernafas di dunia ini. Terima kasih ya Allah. Sebenarnya, aku sibuk. YE. Sangat sibuk. Sekarang dah empat minggu memulakan pengajian sebagai pelajar degree. Sangat berbeza dari zaman asasi dulu. 

Harini xnak cakap pasal sibuk,sibuk tu semua. sangat borink ok? >.<
Mcm dah lari dr tajuk diatas. Haha. Siapa yang aku rindu? Of course laa insan tersayang dalam hidup aku :)


Rindu Mama dan Abah. They are my heart,my soul :)
betul laa apa orang cakap, bila kita dah hampir ditarik nyawa ni, baru kita rasa nak hargai orang tersayang kn? Terima kasih Allah utk peluang kedua ni. Rasa sayang dan cinta yg tidak terperi utk ma dan abah. Abah diam-diam pun, penuh dgn kasih sayang walaupun abah tak tunjuk dengan kata-kata :') Syah boleh rasa kasih sayang abah masa abah cium dahi Syah dalam ICU dulu. Yes, i will love you. Forever and ever. Hingga ke syurga-Nya :')
Mama, seorang yg penuh dgn warna warni. She is my bff, Best Friend Forever, rindu nak peluk mama, rindu nak cium pipi mama, rindu nak buat lawak bodoh sama-sama. Haha. rindu bila masak sama-sama. Rindu nak dgr mama memblebel. I miss you and I love you :')
*xsabar nak balik!*

Rindu Along. rindu nak gaduh dengan along. Bile masing-masing duduk jauh,mula laa caring. Thanks for being sweet, caring and so so on. Hehee. Thanks sbb selalu bg semangat. Thanks sebab sudi buatkan kek haritu, That cake just sweet, delicious, and yummy and why? because you are too loving :')  Biler tgk dpn muka,selalu cari pasal. Haha. You know why? This is love :)


Rindu Adik-adik. Ni gambar special made utk besday Along yg lepas. Bukan senang nak mintak sorang-sorang pegang kad tu. Nak-nak yg pakai baju domo tu. Haish, sgt pemalu >.<
Rindu nak gelak-gelak dgn adik-adik, rindu nak buli dorg, rindu nak masak malam2 sama-sama bila lapar. rindu nak tengok Running Man depan komputer ramai-ramai. Miss that big time a lot :')

 Rindu cik doremon yang jauh di Russia sana :')
dh lama kn xjumpa Muni? Miss you a lot. rindu zaman form 2 dulu. rindu nak dukung Cik muni kite ni :')


Rindu, rindu dan sangat rindu kat cik adik comel atas ni. rindu Ada, rindu Jiha. Rindu nak lepak sama-sama. Masing-masing dh sibuk dengan life masing-masing. how busy you are, I'm still love you all. before, now and forever. Insyaallah :')

Rindu kat sorang lagi bakal Dr ni. Hehehee. Rindu kat kawan dr darjah satu ni. You will never be replaced. Thank you for the best raya ever. 4 hari berturut-turut jumpa masa raya tahun ni. Tu namanya rindu yg teramat sangat. Haha. Padahal rumah jarak xsamapi 2kilometer pn :P I Love You Syg <3

Rindu kat budak-budak ni :) Best roommate ever. Congrats kat Mas yg sambung belajar kt Mesir sekarang. Insyaallah you will be fine there. I miss Abg, I miss Fiza, Nabila n erkk Mai. Mai xrindu pun xpe sebab tiap-tiap hari pergi kelas sama-sama. Hahaha. Sorry mai :P Sekarang, just aku n Mai je kt KOSASS ni. Rindu time nak masak dalam bilik dlu :') Rindu nak beli ayam kt SS,masak dalam bilik. Hahaha. Sweet memories ever :')

Last picture with budak comel ni :') Semoga kamu sentiasa dirahmati Allah di sana ye sygg. Belajar rajin-rajin kat sana. bawak pulang title Dr Siti Fathimah ye sygg? Sorry xdpt hantar pergi airport haritu. Sumpah nak menagis bila peluk haritu. And thanks for the card. I miss you and i love you :')



Rindu budak-budak comel kuliah enam. Flowers In the Garden :')
Sekarang rasa kekok bila dalam kelas campur lelaki perempuan. and rasa sangat awkward bila nak cakap dengan lelaki sebab dah biasa satu tahun classmate semua perempuan. hahaha :') you guys are too sweet, too ohsem! Rindu zaman Asasi dulu :') Insyaallah sahabat hingga ke syurga :')
*rindu nak dengar korang panggil aku mama :')


Mereka laa insan teristimewa dalam hidup ini. Warna-warni yg selalu menceriakan hati ini. Insyaallah, semoga Allah redha akan hubungan ini. I LOVE AND MISS YOU ALL :')

Tuesday, July 17, 2012

Not my choice, but Allah choice






Assalamualaikum. Apa khabar sayang-sayangku sekalian? ^^,
Sekarang budak matrik,asasi n stpm dh keluar result surat tawaran. Ramai kawan-kawan tanya aku.

'kau dapat kos apa wey?'

'asal kau xtahu lg keputusan?bukan semalam ke result upu keluar?

'sambung kat u mana?'

Meh sini meh. Meh aku nak cerita. Sebelum masuk UPM, aku dah tahu yg aku tetap akan sambung degree kat sini. Dan kitorang xboleh isi upu. TAK BOLEH. sebab kitorang xda dalam list upu tu. Tp xpe, at least dh bersyukur sbb dah tahu dapat tempat. Alhamdulillah

14 Julai 2012, result untuk budak asasi UPM dah keluar. cuma lewat sehari dari upu. Pagi tu ramai betol yg mesej, col tanya dah check ke belum. Pukul 11, bukak laptop and here it goes:

Alhamdulillah. Major Kimia. Even it wasn't my choice, but it is Allah choice :)



Alhamdulillah, even it wasn't my choice, but I do believe that Allah knows what is the best for His ummah because He is the best planner ^^,



Even tak dapat apa yang aku inginkan, tapi aku redha. Mama pun ada cakap, aku jer yang tak nampak aku boleh bawak subjek Kimia. Insyaallah boleh, tapi kena usaha lebih laa. kan? :)

Daftar 2 September 2012, 15 Shawal. Guess what? Aku dapat kolej budak PALAPES. Camne laa orentasi nanti @.@

*there are so many things to do >.< *

Thursday, June 28, 2012

New look, simple but nice

Assalamualaikum semua :)
Dah lama aku tak update blog. Hehe. Duk umah ni malas pulak nak menaip. Dua minggu demam, sekarang Alhamdulillah dah kurang sikit. Ada tak siapa-siapa yg comey lottey perasan ada something berubah? Yup, blog dah bertukar wajah.
More simple but I looooveeeee ittt!! 


Thanks a lot to my dear Rara sebab tolong editkan blog I. Love you sayang. ^^.
Aku memang xreti nak edit-edit blog nih, Rara ni laa yg sudi edit blog aku. Rara ni kawan alam maya aku. Kenal kat Facebook. She's sweet, kind. Walaupun tak pernah jumpa, tp dia baik sangat dengan aku. Thanks dear. :)

Meet my dear Rara. Suka tengok dia pakai tudung. Cantek. Alhamdulillah :)

Dah plan nak jumpa dia kat kelantan, tp tak tahu bila laa nk sampai kelantan. Padahal jiran sebelah jerr kelantan tu. Haishh >..<
Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa ehh Sygg? ^^.
Part paling best, aku sukkaaaa gilakk tengok header tu. Simple but very nice. Thanks Syg :)

Sekarang blog dah ringan sikit, share and like button pun dah buang, widget pn dah buang sikit-sikit. .  Tak kisah laa orang nak like ke, share ke tak sebab aku menulis ni ikhlas. Niat aku cuma nak share cerita. Allah tahu niat aku :)

Apa pendapat korang tengok rupa baru nih? 




Monday, May 14, 2012

ASPer Gala Dinner-Part 2




Assalamualaikum comel-comel sekalian ^^,
Harini nak sambung pasal ASPer Gala Dinner. Dah tengok yang Part 1 haritu?

Meh kita sambung Part 2 pulak. Kali nih, aku nak tunjukkan semua gambar budak kuliah ASPer batch 7. Total kelas kuliah ada 8. So, lets pictures speaks louder than words okeh? <3

 Kuliah 1 :)

kuliah 2 :)

 kuliah 3 :)

 kuliah 4 :)
 kuliah 5 :)
the only kumbang dalam kuliah nih :)

meet my sweet babies :)
kuliah 6 :)
sangat seronok kuliah semua perempuan, no doubt ^^.
i miss them, a lot T___T

kuliah 7 :)

 kuliah 8 :)


Even aku tak kenal semua orang, even tak pernah cakap, tp kita tetap ASPerian 
once and forever ASPerian. :)
Kepada yang selalu senyum tu, thanks. Jujur, aku tak kenal sangat jejaka-jejaka dan cewek-cewek kat ASPer nih. Antisosial kah aku? =.='

ASPer banyak mengajar aku erti kehidupan. Yang banyak megubah hidup aku dari jahil samapi sekarang. Kepada mereka-mereka yang selalu menasihati aku tentang Pencipta kita, terima kasih yang tidak terhingga.
You do change me a lot guys :)

p/s: terasa nak buat part 3 pulak. ahhaha :P 

Thursday, May 10, 2012

ASPer Gala Dinner- Part 1

Assalamuaalaikum dan selamat tengahari semua ^^,
Hari ni, aku nak bercakap pasal ASPer Gala Dinner. Kn semalam aku dah janji yg banyak cerita yg aku nak update. Ye, aku memang lewat pom update pasal dinner nih >.<
Tak kisah laa, janji aku nak cerita jugak. Siapa tak nak tahu, boleh laa tekan simbol X kt hjung sblh knan tu yer? :P


Maka 15 April tu, berlangsung laa majlis ini. Majlis ni dimulakan dengan kehadiran Pengarah, lecturer dan staff sambil diiringi oleh HICOM. Overall majlis nih awesome amn! ^.^
tak nak cakap banyak, jom kita tgk gambar pulak

Pengarah, lecturer dan staff yg hadir

barisan penari yg memeriahkan majlis makan malam ASPer. Yg menari ni, budak-budak batch kitorang jugak, budak fast track ada sorang. Junior aku tuh. hahaha

gift exchange. Aku dapat mug comel sgt, tp xtahu siapa yg bagi. Aku tahu siapa dpt hadiah aku. :P
Depends atas kita nak bagitahu tak yg kita bg hadiah tu kt org tu. Kita tak tahu siapa bg kt kita, n kita xtahu siapa yg dapat hadiah kita. Kepada pemberi hadiah, terima kasih ^^

terima kasih kpd anda semua yg berjaya memeriahkan lagi ASPer Gala Dinner :)
drummer dia awesome.  haha. 

meet Izzat Bazaie, vokalis utk malam itu. He's a vlogger. Aku tak pernah cakap pun dgn dia. Hoho.
 Next entry, aku akan upload video-video kuliah.
Nanti blh laa subscribe dia ^^.

Nama dia Hasif kalau tak silap aku laa. Suara dia best. Dia pernah wakil sekolah dia dalam nasyid sampai peringkat antarabangsa <------ni roomate aku yg cerita
suara dia lagi sedap dari penyanyi asal. Meremang bulu roma dengar dia nyanyi lagu 'Hampir ku Menjejakinya'

pintu masuk yang comel <3

Tema malam tu adalah 'Moonlight and Roses' 
Jutaan terima kasih kpd mak sedara aku yang sanggup menyiapkan jubah ni. Terima kasih kepada abah yg sudi mengepos jubah nih. Tudung tu, beli and jahit sendiri yer? Hohoho
Sekarang nih, dah jatuh cinta dgn jubah <3

Me and Athirah Hazwani. Dia memang suka buad muka macam tu *konon comey laa tuh. Hahaha

Guys, meet my twin, Aisha. Kitorang kongsi minat yang sama. We both do love Avenged Sevenfold :)

Separuh dari budak kuliah aku, kuliah enam. Dikenali sebagai, Flowers In the Garden :)
Mereka laa buah hati aku, teman gelak ketawa. They are so sweet :')
Thanks to Zurain for the rose :P


The only one kawan lelaki aku kat sini. Haha. Meet Zharif, Ketua pengawas sekolah aku dulu :)

Sampai disini dlu Part 1 okehh?  Nanti aku sambung balik Part 2. Wait and see oke?
Thanks syg2 sekalian ^^.


ASPer Gala Dinner,
Let the memories, remain in our heart


Wednesday, May 9, 2012

its already 4 months



Assalamualaikum si kacak dan si comel sekalian :D
*buat macam ada jer org baca blog aku nih =.='
Harini setelah empat bulan berlalu, baru aku berdaya nak mengupdate blog nih. Bukan apa, aku dah janji dengan diri aku sendiri yang aku nak puasa blogging empat bulan sebab aku nak fokus on final sem aku nih. 

Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan-Nya. Terima kasih ya Allah. Yes guys, aku secara rasminya telah menamatkan Foundation in Agricultural Science ^^,


i will miss this place :'(. Aku akan rinduu kat:

-mak cik kafe yg masak sedap+murah, 
-akak n abg lab yang kadang-kadang garang, kadang-kadang menggila, ngeh3 :P
-demostrator fizik,kimia and bio
-rindu nak beli air 'gedegang' dekat ASPer
-nak semayang kat surau bawah
-usha lecturer kat bilik bawah and macam-macam lagii. T____T

Lab Fizik :)

Lab Kimia <3

Lab Bio ^^

tempat yg banyak kenangan suka dan duka :)

Sabtu lepas, selamat sampai  Terengganu, bumi kelahiran tercinta pada pukul 11.30 malam.
Already miss my babies :( 
*they are awesome <3*

kuliah enam, always in my heart. :)

Siapa cakap kuliah semua perempuan tak best? Awesome man!
Mereka banyak mengajar aku erti sahabat yg sebenar. Who are friends, and who are enemies :)

Banyak benda aku nak cerita, pasal bunga-bunga, dinner, awesome girlfriends and sooooo manyyy morreee.Malam nanti, aku update lagi. Insyaallah :)




Wednesday, January 25, 2012

story behind CNY ^^,




Assalamualaikum korang! sehad tak sayang-sayang aku sekalian ni? Perasan tak yang ni adalah FIRST POST TAHUN 2012!! :P hahaha.nampak sangat aku malas nak update blog ni. sorry ye sygg? T_____T
bukan malas, tp sibuk. Sedih jugak bila dah lama xmengupdate blog nih. Hoho. ha, dah baca entry kat ats tu? Cuba teka, aku nak cakap apa harini? Hehehe. Meh sini meh, aku nak mula bercerita nih. 

Uni aku start cuti dari Jumaat kepas sampailaa hari Selasa. so sebagai anak perantau yang kena tinggal sorang-sorang kat kolej* ok, itu tipu okayy. Semua roomate aku, Mas,Mai, Tikah and Nabila balik nogeri masing-masing, tinggal aku n Fiza jerr kt kolej nih. sobsob -.-

Malam Jumaat tu classmate aku col, nama dia Shasha. dia antara orang yg rapat laa dengan aku masa belajar kat Bidong dlu. Dari form2 kott jadi classmate. sygg mg :* Dia col, gitaw aku yang dia and family nak datang kl, so dia ajak laa aku keluar jumpa dia kat Mines hari Sabtu. 

SABTU:

Aku ajak roomate aku, Fiza tapi dia segan sebab aku jumpa kawan aku sekali dengan family dia. So, aku janji dengan fiza yang aku nak balik awal, at least sebelum Asar. Nak taw tak aku sampai kolej pukul berapa? 10.30 malam. amekk kau, awal laa sgt. Tp best laa, dapat kenal anak-beranak Shahsha, her cousins (sumpahh comel gilerr sepupu dia ^^,) and paling penting keluarga dia. jom cuci mata nak? Hehe


 i wore baju kurung :)



 shasha ni suka beno laa amek gambar depan cermin. tak caye? Meh tengok :


Really miss those 'taring'


pantang betol nampak cermin. Haha

p/s: thanks for the  birthday present, sumpah aku suka sangat. 
sygg mg Sha :*

AHAD:

 hari ahad aku stay kolej jer, nak bermanja-manja dengan fiza pulak. sian dia kena tinggal sorang-sorang haritu. hohoh. Disebabkan semua foodcourt 'bukak' aku n Fiza masak sendiri lunch n dinner. biasa laa, orang bujang, hehehe. The best part is, lajuu gilerrr download cerita. muahaha. siapa suruh korang balik sangat? *evil smiles :P

ISNIN:

 Harini aku keluar dengan bestfriend aku, Jiha. Aku dah pernah tulis pasal dia dalam belog aku. Sumpah aku sayang teramat sangat kat kawan aku nih. hohoh. kebetulan dia balik rumah dia kat kl, so dia col tanya aku kat mana. Mula-mula plan nak jumpa hari ahad, tapi kena cancel sebab dia xboley keluar. Last-last ajak aku pi KLCC hari isnin tu. Oleh kerana aku tak pernah pi KLCC sejak masuk UPM nih, aku ajak laa Fiza. xkan nak tinggal dia sorang-sorang kat bilik? Takot jadi mcm hari Aku keluar dgn Shasha tu jer. Hehehe. 

Jiha bawak kwan dia, Wang kalau tak silap aku laa. Serious aku segan. Maybe sebab classmate semua perempuan kot? hoho. So, masa kitorang datang, diorang baru siap makan. So, aku suruh dorang gerak dulu, aku n Fiza nak makan dulu. Fiza ni tak boley sikit bab makan nihh. oppss :P
Aku jumpa Jiha kejap jer sebab dia bas dia pukul 4.30. nak taw Jiha bagi apa?


even it simple, aku suka. Terharu pulak. Tak pernah orang bagi aku rantai cam nih. sygg mg Jiha. Fren till Jannah ye sygg? :'D


ni laa KAWAN BAIK aku, ^^.
aku suka tengok dia senyum. Biar dia cakap sorang-sorang, sebab aku suka tengok dia membebel <3

p/s: sorry Jiha sebab dapat jumpa kejap jerr, 
segan dengan Member mg >.<
thanks for the present!
i promise, i'll wear it :)

SELASA:

harini aku hangout lagi dengan girls aku. Motif? Nak beli buku Organic chemistry yg tak jumpa-jumpa kat MPH tu. >.< Dekat satu jam jugak habiskan masa pilih buku kat MPH tu. And haritu jugak aku jumpa kawan aku. Dah 7 tahun tak jumpa kott? Kawan sekola rendah dulu. Nama dia Lutfi. Nak kata hensem, tak laa pulak. Hahaha. Sorry geng. hee. Sian dia jauh-jauh datang jumpa aku. 

Ohh lupa, Lutfi ni budak PALAM. Engineer-to-be. Amiin. :) Lepas jumpa, terus samabr Domino pizza. Tahu tak kitorang habis makan kat situ berapa? RM100++. haha. tapi bibagi kupon RM30++. last-last bayar RM68 jer. tak tahu laa datang dari mana diskaun tu. hoho. pastu jalan-jalan, amek gambar. Teman Lutfi pi beli Sushi. Suka beno dia makan sushi. Takpe, nanti besday mu, aku wak special sushi ke mu. Jangan ingat aku tak reti buat yer? :)



meet my girls: Fiza, Mai n Mas :)


ni laa si Lutfi. Thanks yer sebab sudi dtg jauh-jauh mai jupe Aku. hoho :')


I'm getting older now -.-


The best part is bila kitorang dah nak balik, Lutfi ni bagi aku hadiah. jeng jeng jeng. Siap suruh aku janji lagi dengan dia jangan bukak hadiah tu sampai aku dah ada kat bilik. Hahaha. Bila dah masing-masing berpisah kat KTM, aku balik ke Serdang, dia naik tren ke KL sentral. Sampai bilik aku terus bukak hadiah yg dia bagi. Sumpah aku terharu+speechless. nak tahu apa dia bg?



ni laa hadiah kawan aku bagi. Sweet gilaa ahh mu Lutfi. Hehehe
Terima kasih :')

Tu laa cerita aku sepanjang cuti Raya Cina ni. Tak melekat aku kat kolej. Muahaha.
Aku gembira sebab dapat jumpa kawan-kawan yg dah lama aku tak jumpa.
Gembira sebab dapat present yg tak disangka-sangka :')

thanks for reading guys :*