Sunday, December 4, 2011

Akhirnya...





Assalamualaikum w.b.t.
Hai korang? Sehat tak? Siapa kat sini perasan yang aku dah lama tak update blog? Ok fine. Tak der orang perasan pun kan? Sobsob :'( Maaflaa sebab dah lama tak update blog. Sumpah Sem dua nih, jadual aku pack giler. Even weekend pun aku Sibuk. *sibuk laa sgt kn? >.<
Hehe. Kalau tak percaya, meh tengok jadual kuliah aku :


( ni time table roomate aku. curi dari FB dia. sorry ye Abg <3 )
ini lah jadual aku sem nih. Hari isnin tu ada tambahan kelas. Kelas math dari pukul 2-4ptg. lepas kelas math terus berlari pi stesen bas sebab kena pergi lab ELIS pulak. Hari jumaat jer boleh relaks sikit. Kalau hari ada kuliah, aku jarang online guna laptop, banyak online guna fone jer. Tu pun just bukak Facebook. Tak de dah kerja lain. HEHE.

Sebenarnya kan, aku lagi 3 minggu lagi nak habis sem dua nih. Terukkan aku nih? HAHA. Sem dua dh nak habis baru reti nak update blog. huu. Sem ni kan, bagi aku subjek BI laa banyak benda nak kena buad. Nak2 bila instructor aku garang. Garang and strict laa jugak :D Kalau test bi, dah tak de nyer nak test bertulis sebab test aku semua test oral. Nama pun course ORAL INTERACTION SKILLS. Ni pun assigment bi laa banyak nak kena siapkan.* xda laa banyak sangat

Semalam berjaya laa siapkan dua part daripada assignment yang nak kena submit Khamis ni. Tinggal lagi satu part nak kena siapkan. Tak cukup dengan tu, minggu depan dah kena present survey. Handout survey pun tak diedarkan lagi. Perghh. Terbaiklahh~ haha. 

Tapi ni last laa aku belajar bi. Sem depan dah tak belajar bi, belajar IT pulak. Sorry laa lama tak update. Salah satu sebabnya, MALAS. Hihi. bukan apa, keluar dari kolej pukul 7 pagi, habis kelas pukul 5 petang, kalau week lab, lagi lambat boleh balik. 



Alhamdulillah lecturer aku sem ni semua best-best. Yang aku kagum laa, lecturer Kimia aku. Prof. Madya Dr Amsah. Dia dah tua taw, maybe umur sama dengan nenek aku tapi yang buad aku kagum, ilmu dia terhadap kimia masih tinggi. Respect laa. Nenek aku duduk rumah masak jer, tapi Dr Asmah ni boleh lagi mengajar kitorang Kimia. 



( sem nih aku belah dua ekor tikus. Best ^^, )

Lecturer Bio aku, Dr Omar. Jenis yang agak serius tapi bila dia buat lawak bergegar laa kelas tuh. Hensem lagi walaupun dah 50 tahun ++. Dia nih jenis kuat menganjing jugak laa. huu. Masa test 1 haritu, dia menganjing kat kitorang masa lab sebab masa dia tanya kitorang boleh jawab tapi dalam test tak ley jawab. Huhu. Boleh tahan laa lecturer bio aku nih. huu


( ni masa presentation bio. sempat lagi men game dalam lab. HAHA)


Lecturer Fizik aku, Prof Madya Dr Mahdi orang yang pernah marah aku masa sem 1 haritu. Awal-awal lagi dia dah pesan yang dia hanya mengajar 30%. Haritu belajar pasal thermometer, satu slides dah setengah jam. Gila ahh. Tapi anak-anak dia semua kerja hebat-hebat. Kuat jugak komen baju yang kitorang pakai. tak sesuai laa pakai tudung dengan baju cam nih. Sebab dia suka beli baju untuk bini dia.



overall nyer. sem dua nih penat tapi gembira laa bagi aku. Penat lagi dari sem 1. Tak tahu laa Sem 3 nanti penat macam mana. Insyaallah le[as nih aku akan rajinkan diri nak update blog. BTW, aku dah siapkan header blog nih cuma tak letak jer lagi. Nanti laa aku letak yer? 


Kepada followers tersayang, thanks sebab sudi laa follow blog cipisan aku nih ^^,



No comments: